Definasi
Secara umumnya maksud infrastruktur kritikal negara ialah apa-apa installasi yang hasil keluaran dan perkhidmatannya adalah amat penting kepada negara. Apa-apa bentuk kemusnahan atau kerosakan kepada fungsinya membawa impak yang amat besar kepada ekonomi, pertahanan dan keselamatan negara serta menggangu kesinambungan perkhidmatan kerajaan dan imej negara.
Dalam 'National Cyber Security Policy' Malaysia infrastruktur kritikal negara telah diberi definasi yang bertepatan dengan persekitaran siber iaitu:
'Assets (real or viritual), system and function that are vital to the nation that their incapacity or destruction would have a devastating impact on the national defense security, national economic strength, national image, government capability to function and public health and safety.'
The national critical infrastructure has been identified in 10 categories i.e.
a. National Defense and Security
b. Banking/Finance
c. Information and Commuunication
d. Energy
e.Transportation
f. Water
g. Healath Services
h.Government
i. Emergency Services
j. Food and Agriculture
Pendahuluan
Konsep HANRUH (Pertahanan Menyeluruh) dibentuk berteraskan kepada tanggungjawab mempertahankan negara tidak terletak kepada ATM (Angkatan Tentera Malaysia) atau pasukan keselamatan. Pertahanan negara memerlukan penglibatan secara bersepadu dan menyeluruh agensi kerajaan, sektor swasta, badan bukan kerajaan dan rakyat jelata. Rakyat perlu didedahkan kepada semangat untuk mempertahankan negara dalam apa jua keadaan.
Objektif HANRUH ialah untuk membina patriotisme mutlak kepada negara. Untuk mencapai kepada objektif tersebut pendekatan pembangunan secara tiga peringkat perlu dilaksanakan. Peringkat pertama ialah untuk memberi kefahamann kepada rakyat tentang konsep pertahanan menyeluruh. Seterusnya penyelarasan pelaksanaan perlu diadakan dengan menyediakan perundangan dan peraturan yang mencukupi. Akhir sekali ialah penghayatan konsep pertahanan menyeluruh diterima sepenuhnya dihati sanubari rakyat negara ini.
Sehubungan dengan itu aset infrastruktur kritikal negara yang dibawah pengurusan pihak kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan dan swasta adalah bertanggungjawab untuk membekalkan hasil keluaran dan perkhidmatan yang kritikal kepada pelanggan sama ada masa aman, krisis dan peperangan. Strategi pelaksanaan yang dasar dan peraturannya telah dibentuk oleh kerajaan perlu digunakan oleh badan kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan dan swasta bagi menjamin bekalan hasil keluaran dan perkhidmatannya berterusan.
Ancaman Keselamatan Kepad Aset Infrastruktur Kritikal Negara
Sebahagian dari aset yang dimiliki oleh badan kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan dan swasta yang berkaitan dengan infrastruktur kritikal negara telah digazetkan sebagai Kawasan Latrangan dan Tempat Larangan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959. Berdasarkan kepada kepentingan aset-aset ini sudah pasti ianya terdedah kepada pelbagai ancaman keselamatan. Ancaman keselamatan tersebut boleh timbul dari dua bentuk iaitu ancaman keselamatan berbentuk konvensional dan terkini ancaman keselamatan dalam bentuk siber.
Perancangan, Pelaksanaan Dan Tindakan
Badan kerajaan, syarikat yang berkaitan dengan kerjaan dan swasta yang berkaitan dengan infrastruktur kritikal negara memiliki aset beribu juta ringgit (belum ada statistik tepat yang dikumpulkan). Kebanyakannya telah disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia, mempunyai pulohan ribu pegawai dan kakitangan dan menyediakan perkhidmatan kepada jutaan pelanggan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Oleh itu semua pemilik berkenaan seharusnya memainkan peranan bersepadu untuk menentukan kemakmuuran nasional, ekonomi dan sosial negara terjamin dengan menyediakan perkhidmatan yang berdaya harap dan cekap.
Mengikut maklumat yang diperolehi sebahagian besar aset badan kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan dan swasta yang telah dikenalpasti mengeluarkan hasil dan perkhidmatan penting telah disenaraikann oleh pihak berkuasa sebagai infrastruktur kritikal negara. Atas dasar kepentingan negara aset-aset penting tersebut perlu dilindungi dengan secukupnya oleh semua pemilik dengan menggunakan segala kuatkuasa undang-undang yang sedia ada, mengurusnya secara sistematik mengikut sistem kualiti dan menyediakan langkah-langkah keselamatan amalan terbaik global yang komprehensif dan total. Mereka tidak boleh berkompromi dalam soal keselamatan aset-aset kritikal di bawah selian mereka. Laporan berkala perlu diberikan memberi kepastian kepada pihak berkuasa bahawa aset kritikal tersebut telah diberi perlindungan total supaya tidak musnah atau rosak. Jika berlaku kemusnahan atau kerosakan fungsinya boleh menyebabkan kerugian yang amat besar kepada ekonomi, pertahanan atau keselamatan negara serta boleh menjejaskan fungsi kerajaan dan imej negara.
Oleh itu satu strategi perancangan dan pelan tindakan komprehensif mengurus keselamatan oleh pemilik-pemilik berkaitan perlu dibangunkan berpandukan kepada urus tadbir dan amalan terbaik mengikut Model PDCA (Plan-Do-Check-Act). Aset-aset yang bukan ICT perlu dilindungi mengikut sistem ''Defense in Depth' yang boleh mendatangkan kesan 'Deter, Detect, Delay and Response'. Aset-aset berbentuk ICT diberi perlindungan secara 'Layered Security' yang meliputi perkara 'Terminal Security, Network Security, Communication Security and Data Security'. Pelan mengurus kecemasan yang wujud harus boleh menjamin dan mengelak dari insiden berlaku. Sekirannya insiden terjadi yang boleh membawa kepada krisis entiti berkaitan mempunyai kesedian dan kemampuan untuk menangani kecemasan tersebut. Selepas berlakunya krisis mereka mempunyai keupayaan untuk mengembalikan keadaan kepada sedia kala dalam masa yang singkat.
Untuk menghadapi keadaan darurat dan perang pemilik-pemilik berkaitan dikehendaki membuat persedian dari segi perundangan untuk menubuhkan Pasukan Rejimen Pakar yang sentiasa diberi latihan secara berkala oleh pihak Angkatan Tentera Malaysia untuk melindungi dan memastikan kelangsungan hasil keluaran dan perkhidmatan kritikal berterusan.
Penutup
Semua pemilik infrastruktur kritikal negara perlu dalam kesiapsiagaan melindungi aset-aset mereka dengan membuat perancangan dan tindakan keselamatan berteraskan kepada konsep HANRUH. Pendekatan pembangunannya perlu dilaksanakan mengikut fasa yang ditetapkan iaitu semua yang terlibat perlu faham tentang konsep HANRUH, terdapat anggota yang boleh menyelaras segala tindakan yang perlu dengan memastikan terdapatnya perundangan yang mencukupi dan akhirnya wujud penerimaan dan penghayatan konsep HANRUH di semua peringkat dalam badan kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan dan swasta yang asetnya tersenarai sebagai infrastruktur kritkal negara.