Sebarang perubahan yang hendak diperkenalkan di organisasi memerlukan pembentukan gerakan pembaharuan pemikiran dalam proses dan aliran kerja. Semua anggota dalam organisasi mesti bertindak sealiran dengan pergerakan tersebut. Sesiapa yang masih bertahan ditahap yang lama akan ditinggalkan oleh arus kemajuan tersebut. Oleh itu menjadi cabaran kepada pemimpin organisasi untuk bertindak secara berkesan memimpin arus perubahan bagi memastikan tiada tentangan berlaku dikalangan anggota dalam organisasi.
Perubahan yang berjaya untuk diserapkan di pemikiran anggota organisasi dan dilaksanakan dengan sempurna memerlukan kepada pemahaman mengenai psikologi dan dinamisma perubahan.Diperingkat awal pelaksanaan punca tentangan perlu dicari dan tindakan penyelesaiannya dibentuk. Perubahan itu perlulah berjalan tahap demi tahap mengikut status penerimaan oleh para pelaksana dalam organisasi. Cara ini akan membolehkan program perubahan yang dicadangkan untuk dilaksanakan akan menerima kurang tentangan dan menggalakkan penerimaan.
Dalam sistem putaran perubahan harus dimulakan dengan menghubungkan pemahaman konsep kepada pelaksana dalam organisasi. Ini akan memudahkan persetujuan dan komitmen diperolehi dalam melaksanakan perubahan yang dicadangkan. Wujudnya persekitaran pertentangan yang minima akan mempercepatkan proses perubahan berlaku. Banyak proses dan aktiviti penyesuaian, penerimaan dan pembetulan perlu dilakukan untuk melicinkan urusan pergerakan perubahan. Selepas proses perubahan menjadi realiti usaha perlu dibuat secara berterusan untuk mennilai, membuat rombakan dan jika perlu konsep baru sekali lagi perlu diwujudkan. Putaran proses ini bersesuain dengan strategi pengurusan yang terdapat dalam BPR (Business Process Re-engineering) dan TQM (Total Quality Management).
Statistik insiden jenayah di Malaysia sentiasa meningkat setiap tahun. Sebaliknya didapati kebanyakan dari Ketua Jabatan atau Ketua Keselamatan Korporat dan syarikat tidak merasakan bahawa mereka ada masalah. Tambahan kepada itu mereka tidak tahu apakah tatacara yang perlu digunakan untuk mengetahui bahawa masalah keselamatan perlindungan wujud diorganisasi mereka. Sekiranya mereka tahu bahawa mereka ada masalah mereka tidak tahu bagaimana penyelesaian yang terbaik untuk mengatasinya. Kebanyakan Pegawai Keselamatan Jabatan, Korporat atau syarikat lebih suka jika masalah yang dihadapi disembunyikan daripada pengetahuan pihak atasan. Pada mereka apa-apa syor yang dikemukakan untuk meningkatkan tahap keselamatan perlindungan di organisasi mereka dianggap sebagai satu kritikan terhadap kompetensi pengurusan mereka. Penilaian keselamatan perlindungan akan hanya menjadi penting kepada Pegawai Keselamatan Jabatan, Korporat atau Syarikat apabila sesuatu insiden berlaku kepada organisasi mereka. Pada kebiasaannya kerugian yang ditanggung akibat daripada pelanggaran keselamatan adalah lebih tinggi daripada kos untuk mendapatkan peralatan kawalan keselamatan. Ini adalah contoh kes yang amat menyerupai apa yang dipanggil sebagai ' a knee jerk reaction' dimana mereka merasakan kepentingan untuk menutup kandang lembu mereka wujud apabila semua lembu dikandangnya telah dicuri.
Terdapat juga organisasi di pihak kerajaan, korporat dan syarikat yang menyedari akan kepentingan untuk melindungi maklumat kritikal telah membangunkan sistem tetapi tidak menepati kehendak 'security specification requirement needs'. Pegawai Keselamatan Jabatan, Korporat dan Syarikat tidak mengambil tanggungjawab untuk memastikan bahawa semua keperluan dipenuhi bukan sahaja langkah kawalan keselamatan perlindungan maklumat di organisasi tetapi juga mematuhi sepenuhnya kehendak undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengannya. Sebagai contoh di bawah Seksyen 8(1)(iv) Akta Rahsia Rasmi 1972 menyebutkan bahawa 'fails to take reasonable care of, or so conducts himself as to endanger the safety, or secrecy of, any such official secret or thing......' adalah satu kesalahan yang boleh dihukum penjara tidak kurang daripada satu tahun tetapi tidak melebihi tujuh tahun. Perkataan 'reasonable care of' di sini bermaksud bahawa semua pengwujudan, penyimpanan, penyenggaraan, penghantaran dan pelupusan rahsia rasmi perlu diuruskan mengikut arahan keselamatan yang dikeluarkan yang sepenuhnya mematuhi Seksyen 30A Akata Rahsia Rasmi 1972. Sistem yang hanya menyelesaikan masalah teknologi akan menghadapi implikasi perundangan jika sesuatu pembocoran maklumat berlaku dan dihapkan di mahkamah.
Penutup
Setiap Sistem Keselamatan Perlindungan yang mantap perlu melalui proses perubahan kreativiti dan inovasi teknologi yang dapat mencegah, mengesan, melambatkan dan boleh bertindak dengan cepat kepada kejadian. Untuk mencapai kepada objektif tersebut pengurusannya harus mengikut sistem kualiti yang menekan kepada pematuhan standard 'best practice and good governance', mengikut Model PDCA (Plan-Do-Check-Act), memenuhi kehendak undang-undang dan peraturan semasa serta membuat penambahbaikan yang melampaui kehendak pelanggan. Walau bagaimana pun gerakan perubahan tidak mudah diketengahkan. Setiap cadangan perubahan akan mempelawa tentangan. Oleh itu untuk merealisasikan sesuatu perubahan berlaku perancangan yang rapi perlu dibuat dengan memastikan konsepnya selari dengan kehendak stakeholder, mengkaji isu-isu yang berkaitan, apakah haluan yang perlu diikuti dan cabaran-cabaran yang perlu diharungi dengan menggunakan pendekatan pengurusan 'Blue Ocean Strategi', 'Business Proceess Re-engineering', 'Total Quality Management' dan 'Business Continuity Managemennt' dalam usaha melonjakkan organisasi ditahap global.
JackpotCity Casino | Review, Bonuses & Games
ReplyDeleteJackpotCity online 슬롯머신 무료 casino review 포커 게임 하기 This JackpotCity casino offers 토토 사이트 중계 a variety of games, including traditional 브라 벗기 roulette, 하하 포커 머니 상 video poker and video