Haluan Menuju Keunggulan
Negara bergerak maju dipandu oleh bentuk kepimpinan sedia ada. Pembangunan Malaysia dilakar setiap lima tahun melalui pembentukan pelan induk dengan mengenal pasti sektor yang memerlukan pelaburan untuk dikembangkan. Secara komprehensif pada 31 Mac 2006 YAB Perdana Menteri telah melancarkan Rancangan Malaysia Ke 9 dengan menyenaraikan 6 bidang utama untuk dimajukan meliputi daya saing global negara, pembangunan modal insan, integrasi nasional, pengagihan pendapatan dan kekayaan serta kualiti hidup rakyat. Pencapaian terhadap enam bidang yang disebutkan bertunjang kepada lima teras utama untuk memacu pencapaiannya. Pertama ialah meningkatkan tambah nilai ekonomi negara, diikuti dengan penambahbaikan kapasiti ilmu negara, kreativiti dan inovasi. Teras ketiga ialah membaiki keseimbangan sosio ekonomi serta disusuli dengan peningkatan mempertahan kualiti hidup rakyat. Akhir sekali ialah untuk memperkukuhkan institusi dan kapasiti pelaksanaannya.
Kelangsungan kepada Rancangan Malaysia ke 9 telah diikuti dengan kerajaan memperkenalkan model Ekonomi Baru untuk memacu transformasi negara Malaysia ke arah negara maju pada tahun 2020. Dalam laporan yang dibuat oleh NEAC (National Economic Advisory Council) pada 30 Mac 2009 telah menyenaraikan 4 bidang utama untuk dimajukan yang meliputi Program 1 Malaysia, Program Transformasi Kerajaan, Program Transformasi Ekonomi dan Rancangan Ekonomi Malaysia Ke 10. Pencapaian terhadap bidang yang disebutkan bertunjang kepada teras Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan, Enam Bidang Utama Keberhasilan Negara, 6 strategi perubahan inisiatif dan sasaran pembangunan makro dan pengagihan peruntukan. Ke semua yang telah dinyatakan harus menjadi landasan untuk kita membuat perancangan, strategi dan pelaksanaan pembangunan Keselamatan Perlindungan supaya rangka kerjanya tidak lari arus pelan perancangan tersebut.
Dalam era globalisasi perubahan inovasi melalui kreativiti modal insan dan masa menjadi penentu dalam membuat lonjakan dalam pembangunan negara. Dua faktor ini akan memastikan kita boleh bersaing dan berada dikedudukan 'berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah' dengan negara yang sudah jauh kehadapan maju dari negara kita. Dalam perkembangan ini pembangunan teknologi menjadi katalis kepada pencapaian hasrat tersebut. Perubahan teknologi yang bergerak tahap demi tahap perlu dilontarkan ke dalam tong sampah sejarah. Pembaharuan teknologi harus berpaksi kepada penggunaan 'convergence technology'.
Persaingan di dunia global memerlukan mindset modal insan berpendirian glokal sebagaimana disarankan oleh YAB Perdana Menteri Dato' Seri Nagib Tun Haji Abdul Razak. Negara kita bukan sahaja ingin mencapai status negara maju menjelang 2020 tetapi hendak memastikan kita maju mengikut nilai dan acuan kita sendiri tampa meninggalkan peluang kita berkembang dipersada anatarabangsa. Untuk tujuan tersebut kita harus memenuhi keperluan dan pematuhan kepada standard 'best practice, good governance' diperingkat global.
Organisasi Keselamatan Perlindungan yang mematuhi 'best practice', 'good goverrnance' dan 'Model PDCA' akan mengambil kira semua komponen 'Defence in Depth' dalam membangunkan langkah keselamatan perlindungan yang mantap dan 'Layered Security' dalam melindungi infrastrukur maklumat ICT. Ciri-ciri keselamatan kompoonen 'Defence in Depth' mengandungi integrasi perkara-perkara berikut:
a. langkah-langkah mencegah (deterrence)
b. langkah mengesan (detection)
c. langkah-langkah untuk melambatkan (to delay action)
d. langkah-langkah untuk bertindak ke atas penjenayah (response)
Dalam aspek melindungi keselamatan maklumat pula perkara-perkara berikut perlu diwujudkan yang boleh bertindak untuk memperkukuhkan pertahanan keselamatan perlindungan antara satu sama lain. Lapisan pertahanan tersebut ialah:
a. Keselamatan Terminal
b. Keselamatan Rankaian
c. Keselamatan Komunikasi
d. Keselamatan Data
Langkah-langkah keselamatan perlindungan di atas boleh dipertingkatkan lagi oleh organisasi dan badan korporat dengan mendapatkan sijil pematuhan kepada amalan terbaik global berikut:
a. Amalan 5 S
b. Pengurusan Kualiti MS ISO 9000:2000
c. Keselamatan Alam Sekitar MS ISO 14000
d. Amalan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan MS ISO 18000
e. Pengurusan Sistem Keselamatan Maklumat (ISMS) MS ISO 27000
f. Business Continuity Plan
g. Akta Perlidungan Data Persedirian (PDPA)
Organisasi Keselamatan Perlindungan yang mematuhi ke semua keperluan di atas dan mendapat pengiktirafan sijil amalan terbaik global boleh dikategorikan sebagai organisasi keselamatan perlindungan yang menuju kepada organisasi bertaraf dunia. Untuk cemerlang sesuatu organisasi keselamatan perlindungan hendaklah mematuhi 'best practice and good governance' global. Pencapaiannya harus diukur dengan penentuan 'Key Performance Indicator' melalui pelaksanaan amalan 'Balance Score Card' dan 'Benchmarking'. Pengukuran tersebut akan mengesahkan bahawa orgaisasi sudah berada ditahap gemilang. Untuk menjadi terbilang kita dikehendaki berusaha untuk mendapat pengiktirafan dunia bahawa kita sememangnya terbaik diperingkat global dan dinobatkan sebagai yang terbilang. Untuk kekal menjadi terbilang kita harus mengamalkan dan melaksanakan konsep 'Blue Ocean Strategy' yang sentiasa membuat 'research, eliminate, inovate dan create' untuk memastikan organisasi sentiasa berada ditahap tampa saingan.
No comments:
Post a Comment