Wednesday, 1 October 2014

MENGURUS PERUBAHAN: ISU, HALUAN DAN CABARAN MENGURANGI JENAYAH ASET DALAM KONTEKS KESELAMATAN PERLINDUNGAN (PART I)

Pengenalan

Perubahan sentiasa berlaku mengarah kehadapan tampa noktah dan kekal berterusan dalam kehidupan. Ada yang berbentuk perubahan semula jadi dan ada yang berlaku disumbang oleh perlakuan manusia. Penulisan ini tidak bertujuan untuk meramal masa hadapan dan cuba mengurus perubahan yang mungkin berlaku. Sebaliknya perkara yang akan dibincangkan ialah tentang perubahan yang eksekutif boleh lakukan dan ada keperluan untuk melakukannya.

Mengurus Wawasan Keunggulan

Ketua Jabatan Kerajaan, Ketua Pegawai Eksekutif Korporat dan syarikat swasta sentiasa menggariskan perkara perubahan yang hendak dilakukan dan meletakkan keperluan untuk dilaksanakan.Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab pegawai dan eksekutif untuk merancang, merumus, menyelaras dan melaksanakan perubahan yang digariskan. Objektif perubahan itu perlu dicapai melalui pengurusan yang teratur dan sistematik, memenuhi segala kehendak undang-undang dan peraturan yang ditetapkan, memantau dan membuat penyesuaian dalam menyulusuri pelaksanaan perubahan dan memastikan penambahbaikan dibuat secara berterrusan supaya hasrat menjadi unggul itu tercapai. Ini perlu dilakukan dengan mengikut Model Sistem Kualiti (Plan-Do-Check-Act).

Faktor Penentu Kejayaan Wawasan Keunggulan

Usaha untuk memastikan sesuatu wawasan menjadi realiti perlu kepada pelan strategik yang sistematik dan teratur. Jika strategi telah dikenalpasti ia perlu disusuli dengan program, aktiviti dan tindakan. Program Keselamatan Perlindungan terbaik memerlukan kekuatan faktor pendukung untuk menjayakannya yang meliputi perkara sistem, sikap, fundamental, pengalaman, masa dan anda sendiri yang menjadi pelaksananya (Danial A Crowl/Joseph F Louvar, 2002)

Sistem

Sesuatu program keselamatan memerlukan sistem. Satu sistem untuk merekod (i) apa yang  perlu dilakukan untuk membuahkan hasil perancangan, tindakan dan pencapaian yang cemerlang, gemilang dan terbilang, (ii) melakukan apa yang sepatutnya dilakukan (iii) merekodkan bahawa tugasan yang hendak disempurnakan telah diselesaikan

Sikap  

Pelaksana program keselamatan perlindungan mesti menghayati sikap positif iaitu sanggup melakukan tugas apa sahaja termasuk antaranya yang belum tentu menerima imbuhan demi kejayaan yang hendak dicapai.

Fundamental

Pelaksana mesti memahami dan menggunakan fundamental proses keselamatan perlindungan untuk membentuk, membina dan mengoperasi pelan strategik mengurangi kejadian jenayah berkaitan aset.

Pengalaman

Setiap pelaksana mesti belajar dari pengalaman sejarah atau anda akan mengulangi kesilapan masa lampau. Adalah disarankan semua pelaksana mesti membaca dan memahami kejadian sejarah masa lampau. Tanya individu organisasi atau organisasi lain mengenai pengalaman dan nasihat mereka.

Masa 

Semua pelaksana harus mengakui bahawa program keselamatan perlindungan memerlukan masa untuk berjaya. Masa untuk mengkaji, masa untuk melaksanakannya, masa untuk merekod keputusan, masa untuk berkongsi pengalaman dan masa untuk melatih atau dilatih.

Anda

Semua pelaksana (Anda) seharusnya mengambil tanggungjawab untuk menyumbang kepada program keselamatan perlindungan. Program keselamatan perlindungan perlu mendapat sepenuh komitmen dari semua peringkat didalam organisasi. Program keselamatan perlindungan perlu diberi sama kepentingan dengan program-program pengurusan yang lain.

(Akan disambung pada posting akan datang dalam (Bahagian II)



1 comment:

  1. Casinos Near Harrah's Casino - MapYRO
    MapYRO 경상남도 출장안마 Hotels 나주 출장마사지 near Harrah's Casino and 전라남도 출장마사지 Atlantic City. Directions · 3131 S. Flamingo Rd., New Jersey, 동두천 출장샵 United States. (New 정읍 출장안마 Jersey, 08401). Directions · (609) 317-5000

    ReplyDelete